Sunday, 20 March 2016

Taman Negara Kuala Tahan



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
20022016

First post pasal safar, nk cerita ttg perjalann kome ke Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut, Pahang. Safar yg x dirancang... Tetiba otw balik dr kursus di Jengka bersama zaujati Ana terpandang signboard simpang ke Taman Negara dekat Jerantut Feri, terus tertarik utk mencuba... hmmm, mmg mengintrestingkn...

Ada 2 cara utk ke sana... boleh melalui jalanraya (75 km dr Jerantut) atau dgn bot melalui Jeti Kuala Tembeling (2.5-3 jam) dgn kos RM35/org sehala.
56km dr simpang luar Jerantut Feri


Taman Negara Kuala Tahan ni adalah slh satu dari pintu masuk utama untuk ke Taman Negara Pahang @ Gunung Tahan selain melalui Taman Negara Merapoh atau Taman Negara Kuala Koh. Byk aktiviti menarik ada kt sini... boleh jungle tracking, night walking, naik canopy walkway, rapid shooting, naik bot ke Santuari Kelah @ Lata Berkoh @ Perkampungan Orang Asli dll. (Boleh rujuk kat sini : www.tamannegara.asia/activities/ atau www.wildlife.gov.my/index.php/ms/taman-negara-pahang.html)

Mula smpai, singgah masjid Kuala Tahan dulu sbb dh waktu zohor & nak salin pakaian kursus td...

Masjid Kuala Tahan (Terletak atas bukit yg agak terpencil...)
Lps tu kome round sekitar rumah rakit di tebing Sg Tembeling utk dptkn maklumat aktiviti di sini. Sifat ramah tamah org tempatan memudhkan keadaan....

Salah satu restoran terapung di atas Sg. Tembeling
Pandangan dr Berjaya Mutiara Resort ke arah Jeti Kuala Tahan
(Rumah Rakit @ Restoran Terapung @ Kedai Souvenier @ Jeti)
Mengikut maklumat yg diterima, kalau nk ke seberang Sg. Tembeling tu (ada Pejabat Perhilitan, Berjaya Mutiara Resort, Canopy Walkway & laluan jungle tracking ke kawasan hutan berhampiran) boleh naik bot RM1 sorang jer sehala.

Antara laluan Jungle Tracking...
(Ke Gunung Tahan tu perlukn 7 hari perjalan pegi & balik... hehe)
Canopy WalkWay yg terpanjang di dunia (530m pjg & 40m tinggi)
Bayaran RM5/org (Kalau x silap.. )
Boleh pegi dgn berjalan kaki (1.7km dr Pjbt Perhilitan) atau dgn bot.
Kalau nk pegi ke Santuari Kelah & Lata Berkoh, boleh naik bot dgn kos RM160 per bot (muat 4 org shj). Tambhn byrn permit RM1/org & RM5/kamera. Perjalananny pegi dlm 30-40 minit... and boleh lepak2 & mandi manda dgn ikan kelah kt sana selama mana kita hendak. Boatman akan tunggu...

Tambang RM160/bot ni kalau ambil melalui Pejabat Perhilitan (x termasuk permit),.. kalau ambil direct kt Boatman di Jeti Kuala Tahan pun boleh, tp dia charge RM180/bot (permit included rasany)...

Menaiki bot menuju ke Santuari Ikan Kelah & Lata Berkoh di Sg. Tahan

Lata Berkoh...


Kalau nak bermalam di sini pun byk sgt resort & chalet yg ada... dari yg murah hingga yg mahal. Kome asalny x berhajat nk tido pun, cuma nk singgah skjp jer... tapi balik dari Santuari Kelah tu dh agak lewat n letih.. so pilih la utk bermlm... Zaujati Ana pulak sibuk nk cuba tido di sebuah resort baru (Tube/Capsule Hotel/Resort kalau x silap namanya...) & ada promosi pembukaan RM118/mlm with breakfast, kalau tak RM168/mlm.. Nk pegi kena naik 4x4 yg tlh disediakn sbb jlnny tanah merah n berbukit2,... betul2 tepi sungai n sgt sesuai utk kaki pancing... hehe..

Tube Hotel (tu yg warna hijau kt tgh2 tu...).Kecil jer... kalau berkeluarga agk kurang sesuai..
Kat sini jg ada khemah2 yg boleh disewa dgn kadar RM15/0rg/mlm.... Bilik Mandi @ Tandas, Surau & Cafetaria jg disediakn.
Mem'bangau' sekejap di tebing Sg Tembeling berhampiran resort...  tp xde hasilny..
(Pd waktu mlm, kwsn pasir ni jd tempat lepak2 para penghuni resort sambil menghidupkn unggun api)
2 hari kt sini, kome hanya ambil trip ke Santuari Kelah tu jer....., Canopy Walkway tak pegi sbb ana dh pernah pegi dulu, sementelah pulak zaujati Ana ni jenis gayat sesangat... so, cancel. Xtvt lain2 tu x berminat sgt sbb pegi brdua jer, kalu grouping ramai2 mngkin lebih seronok rasanya...

Alhamdulillah... satu safar yg sgt menarik & puashati, sambil menghayati alam ciptaan Allah s.w.t...
InsyaAllah berhajat utk dtg lg,.. mngkin by boat pulok. Nk rasa pengalaman naik bot 2-3 jam... hehe.. Jommmm....

Wassalamualaikum....Ilal Liqa'...
.
.
.
p/s: Anaknda oghang jerantet (Aziz&Hajar) pernoh sampei ker..? :)


Wednesday, 16 March 2016

Salam Ta'aruf...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

...قال الله تعالى : فسيروا في الأرض

BERJALANLAH KAMU SEMUA DI ATAS MUKA BUMI (ALLAH) INI...


Bismillah... Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar..... Terlalu byk ayat2 (tanda2) kebesaran Allah yang boleh kita lihat pada alam semesta ini. Maka, Islam menyeru kita agar bertebaranlah di atas muka bumi untuk memerhati, menghayati dan mengagumi kehebatan Maha Pencipta.

Blog santai ni tercipta demi menyahut seruan di atas utk berjalan menyelusuri bumi Allah ini. Idea asal dtg dari zaujati Ana (isteriku) yg sokmo sibuk melayari blog2 yg ada utk mencari maklumat sebelum memulakan safar (perjalanan) @ percutian. 

Terima kasih pd semua blogger2 (siraplimau.com, ofadzlan.blogspot.my,
supermengmalaya.blogspot.com dan byk lg) yg begitu byk memberikn info2 yg amat2 berguna buat org2 mcm kome ni yg kaki berjalan. 

Kome ni berdua jer, jadi mudoh la nk berjalan makan angin ke mana2. Memang hobi pun suka berjalan. Dah byk tempat yg pegi tp baru hari ni terlintas nak menulis kt blog mcm ni. Byk info yg boleh dikongsikn bersama, insyaAllah. Kome ni baru belajo, byk lagi yg perlu ditunjuk ajarkn. Maka, dipersilaknlh memberi komen2 yg membina.. syukran lakum.

Salam Ta'aruf (perkenalan) buat semua....


اللهم إنا نسئلك في سفرنا هذا البر والتقوى ومن العمل ما ترضى

Ya Allah... Sesungguhnya kami bermohon kepada Mu di dalam safar ini Kebaikan dan Ketaqwaan dan (tergolong) daripada amalan yang Engkau redhai... Aminnnn...


Sdg menulis post yg pertama ni.... @ Pantai Serkam, Merlimau, Melaka