Wednesday, 16 March 2016

Salam Ta'aruf...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

...قال الله تعالى : فسيروا في الأرض

BERJALANLAH KAMU SEMUA DI ATAS MUKA BUMI (ALLAH) INI...


Bismillah... Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar..... Terlalu byk ayat2 (tanda2) kebesaran Allah yang boleh kita lihat pada alam semesta ini. Maka, Islam menyeru kita agar bertebaranlah di atas muka bumi untuk memerhati, menghayati dan mengagumi kehebatan Maha Pencipta.

Blog santai ni tercipta demi menyahut seruan di atas utk berjalan menyelusuri bumi Allah ini. Idea asal dtg dari zaujati Ana (isteriku) yg sokmo sibuk melayari blog2 yg ada utk mencari maklumat sebelum memulakan safar (perjalanan) @ percutian. 

Terima kasih pd semua blogger2 (siraplimau.com, ofadzlan.blogspot.my,
supermengmalaya.blogspot.com dan byk lg) yg begitu byk memberikn info2 yg amat2 berguna buat org2 mcm kome ni yg kaki berjalan. 

Kome ni berdua jer, jadi mudoh la nk berjalan makan angin ke mana2. Memang hobi pun suka berjalan. Dah byk tempat yg pegi tp baru hari ni terlintas nak menulis kt blog mcm ni. Byk info yg boleh dikongsikn bersama, insyaAllah. Kome ni baru belajo, byk lagi yg perlu ditunjuk ajarkn. Maka, dipersilaknlh memberi komen2 yg membina.. syukran lakum.

Salam Ta'aruf (perkenalan) buat semua....


اللهم إنا نسئلك في سفرنا هذا البر والتقوى ومن العمل ما ترضى

Ya Allah... Sesungguhnya kami bermohon kepada Mu di dalam safar ini Kebaikan dan Ketaqwaan dan (tergolong) daripada amalan yang Engkau redhai... Aminnnn...


Sdg menulis post yg pertama ni.... @ Pantai Serkam, Merlimau, Melaka

No comments:

Post a Comment